Thursday, October 26, 2006

dah raya

Lambat update sebab sibuk,]

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba iaitu hari raya. Bangkit awal sebab semalam tido awal entah pasai pa. Cam biasa p mandi pastu pakai baju raya (entah tahun bila punya). Sunyi pulak satu blok, selalunya asyik deengar bunyi budak-budak menjerit, bunyi mercun...ini sunyi sepi hanya suara takbir yang kedengaran.

Rasa sayu ada jugak tapi aku kawal perasaan ku. P sembahyang jauh sikit la kat bandar baru uda. Ramai jugak p sembahyang sana. Habis sembahyang lepak jap dalam bilik tengok tv sambil makan baulu. Nasib baik ada baulu yang kawan bagi kalau tak, tak atau nakmakan apa. Kedai bukannnya bukak.

Ingat nak lepak sampai tengahari tapi boring tahap dewa. Apa taknya aku sorang je dalam rumah ni. Tengok luar ada orang buat open house tak. Sunyi sepi tak berubah. Tengok rumah Eddy macam bukak je. P tengok dia ada dengan bini dia. Ada juagk lah rumah nak beraya.

Sam ngan Fitri datang tak lama lepas tu. Ceh tak sembahyang raya diorang ni. Kami berborak sampai tengahari. Pastu balik bersiap p kerja. Hari ni aku ditugaskan di pejabat operasi...mencabar sungguh. Ini la pengalaman raya pertama aku berjauhan ngan keluarga. Cuma tak dapat cium tangan kedua ibu bapa

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home