Thursday, October 26, 2006

dah raya

Lambat update sebab sibuk,]

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba iaitu hari raya. Bangkit awal sebab semalam tido awal entah pasai pa. Cam biasa p mandi pastu pakai baju raya (entah tahun bila punya). Sunyi pulak satu blok, selalunya asyik deengar bunyi budak-budak menjerit, bunyi mercun...ini sunyi sepi hanya suara takbir yang kedengaran.

Rasa sayu ada jugak tapi aku kawal perasaan ku. P sembahyang jauh sikit la kat bandar baru uda. Ramai jugak p sembahyang sana. Habis sembahyang lepak jap dalam bilik tengok tv sambil makan baulu. Nasib baik ada baulu yang kawan bagi kalau tak, tak atau nakmakan apa. Kedai bukannnya bukak.

Ingat nak lepak sampai tengahari tapi boring tahap dewa. Apa taknya aku sorang je dalam rumah ni. Tengok luar ada orang buat open house tak. Sunyi sepi tak berubah. Tengok rumah Eddy macam bukak je. P tengok dia ada dengan bini dia. Ada juagk lah rumah nak beraya.

Sam ngan Fitri datang tak lama lepas tu. Ceh tak sembahyang raya diorang ni. Kami berborak sampai tengahari. Pastu balik bersiap p kerja. Hari ni aku ditugaskan di pejabat operasi...mencabar sungguh. Ini la pengalaman raya pertama aku berjauhan ngan keluarga. Cuma tak dapat cium tangan kedua ibu bapa

Sunday, October 22, 2006

beli xbox

Dah lama aku nak beli xbox dari member aku ni. Dia pun nak beli konsol baru jadi dia nak jual kat aku dengan harga yang berpatutan. Baru hari ni aku beli dari dia. Balik rumah terus layan. tv pulak baru beli. Sempat gak aku beli game, aku memang teringin nak main D.O.A. asyik tengok demo kat kedai game je mana tahan. Ok pe xbox nih...asyik main ps2 je sekali sekala nak try yang lain. Yelah ps2 ada banyak game yang gempak tapi harus diingat ...kalau nak dibandingkan grafik xbox lebih gempak dari ps2.

Wednesday, October 18, 2006

Semua dah balik raya

Memandangkan aku baru saja kerja jadi tak dapat la cuti raya tahun ni. Cuti diberikan kepada yang dah lama kerja (senior). Diorang dah kerja lebih 3 tahun dan 3 tahun juga la diorang tak balik raya, jadi diorang lebih layak dapat cuti. Cuba bayangkan 3 tahun tak balik raya. Aku tengok wajah diorang ceria saja, yelah dah 3 tahun tak balik kampung. Mesti rindu gile dengan sanak saudara. Ada yang sindir kepada yang tak balik raya sebab tak dapat cuti. Tak baik la buat camtu, kita manusia ada hati dan perasaan. Sepatutnya ucap la selamat hari raya ke...maaf zahir batin ke...ini tak, siap hantar sms pantun buat sakit hati kepada yang tak balik raya. Nak kena pelempang ni!

Hari ni diorang start cuti, tinggal la aku sorang kat rumah ni sebab roomate aku senior.Raya ni nak beraya kat rumah sapa ek?